Sunday 24 July 2011

Mesyuarat Penyelarasan Pentaksiran PBS LK Daerah Kota Setar

Tarikh: 24-26 Julai 2011
Masa: 8.00-4.00 ptg
Tempat : SMK Sri Ampang.


p/s:
Semua kelas LK tingkatan 4B dan 5 Beta  pada hari Ahad-Selasa dibatalkan.
Kelas Tambahan KP bagi Tingkatan 5 Beta pada  petang 24/7/2011 ditangguhkan dan diganti pada hari Rabu petang, 27/7/2011.
Kelas Tambahan KP  bagi Tingkatan 4 Beta pada petang 25/7/2011 juga ditanggukan dan akan diganti pada minggu depan. Harap Maklum...

UJIAN BULAN JULAI BAGI MATAPELAJARAN LK

Ujian akan diadakan  pada minggu ini, sila ulangkaji tajuk-tajuk berikut:

Tingkatan 5 Beta
Tajuk: Tangents dan Pengorakan

Tarikh:      28 Julai 2011
Masa:        12.50-2.10
Tempat:      Kelas 5 Beta

Tingkatan 4 Beta
Tajuk:  Ortografik dan Pandangan tambahan

Tarikh:     27 Julai 2011
Masa:      11.30-12.50
Tempat:    Bilik LK

Tuesday 19 July 2011

Sekadar Renungan Bestari

'Tidak sepertimana doktor,kehidupannya bukan dikalangan orang yang lemah. Tidak sepertimana askar, kemusnahan bukan matlamatnya. Tidak sepertimana peguam, berdebat bukan santapan hariannya, kerjaya seorang jurutera adalah untuk menyaluti sains dengan kehidupan, keselesaan dan harapan'.
Ungkapan daripada Herbert Hoover, Presiden US ke 31 dan merupakan seorang jurutera.

Monday 18 July 2011

SELAMAT DATANG KE RUANGAN KEJURUTERAAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulilah, syukur kerana  Panitia Kejuruteraan Kolej Sultan Abdul Hamid telah dapat menyediakan ruangan blog ini untuk bersama-sama menyahut saranan pihak pengurusan menggunakan kemudahan ICT dalam proses mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ruangan ini memuatkan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Kejuruteraan iaitu dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan nota-nota dan latihan yang terkini untuk kedua-dua matapelajaran ini. Diharapkan semua pelajar 4 Beta dan 5 Beta akan dapat memanfaatkan ruangan ini dan menjadi sumber rujuka n perbincangan tentang masalah yang dihadapi . Sekian