Monday 18 July 2011

SELAMAT DATANG KE RUANGAN KEJURUTERAAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulilah, syukur kerana  Panitia Kejuruteraan Kolej Sultan Abdul Hamid telah dapat menyediakan ruangan blog ini untuk bersama-sama menyahut saranan pihak pengurusan menggunakan kemudahan ICT dalam proses mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ruangan ini memuatkan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Kejuruteraan iaitu dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan nota-nota dan latihan yang terkini untuk kedua-dua matapelajaran ini. Diharapkan semua pelajar 4 Beta dan 5 Beta akan dapat memanfaatkan ruangan ini dan menjadi sumber rujuka n perbincangan tentang masalah yang dihadapi . Sekian

No comments:

Post a Comment